Ilkhanat Awal Ilkhanat

Maksud Ilkhan ialah "subordinat Khan" dan merujuk kepada perbezaannya dengan Khagan Mongke, pemerintah Empayar Mongolia. Maka raja-raja Ilkhanat berdaulat sepenuhnya di empayar mereka dan tidak diperintah oleh Khagan. Keturunan Hulagu meneruskan pemerintahan mereka di Parsi selama lapan puluh tahun. Pegangan agama pula bermula dengan agama-agama dukun, diikuti dengan Buddha dan akhirnya Islam. Namun begitu, Ilkahanat tetap bermusuhan dengan kerajaan Mamluk yang telah berjaya mengalahkan tentera Mongol dan tentera salib. Tentera Ilkhanat pula tidak pernah berjaya menawan jajahan-jajahan Mamluk menyebabkan Ilkhanat terpaksa melupakan niat mereka untuk menawan Syria dan kubu kuat mereka di Kesultanan Rom dan kerajaan Armenia di Cilicia. Kegagalan mereka adalah kerana pertempuran mereka dengan Chagatai Khanat di Mughulistan dan Angkatan Kencana di Kaukasus dan Mawaraun Nahar atau Fararud (sekitar Uzbekistan). Walaupun di bawah pemerintahan Hulagu Khan, Ilkhanat tetap bertempur dengan tentera Mongolia di Rusia.